The Blues Army Live Chat

Ini permanent post. Teruskan membaca latest artikel kat bawah.

Saturday, February 27, 2010

2 Serba tak kena...

2 Comments


Celaka r..dua kad merah..kalah..hilang 3 mata..bolos 4 bijik lak tu..tapi paling sadis rekod xpenah kalah kat SB season nie dah berkubur..JT memang teruk, sekali lagi minda dia dipenuhi dengan kisah2 gosip bodoh dari media2 England yang sememangnye tak pernah henti2 menaruk minyak dalam api..Kehilangan Cech memang x membantu dengan Hilario sememangnya amat xkonfiden di depan gawang malam nie seolah2 Chelsea xde keeper lak..Carletto gak ak persoalkan, keluarkan Carvalho, wtf?? Kemasukan Beletti jelas satu kesilapan, mungkin bagus sebagai mf, tapi biler Carvalho dikeluarkan, penukaran Beletti ke RB membawa padah, kantoi ngan Barry, dan terkena kad merah, sume dah menjadi xkena..Kegopohan Ballack lak xmembantu, kad merah die membuatkan kita short di bahagaian midfield dengan Essien masih x sembuh..Hanya Lampard yang ak salute malam nie..musim liga yang amat pelik bagi aku..Kejap marvellous, next game crappy game..Papepon kita still leading league dengan satu mata..cheers guys..post match, sok2 la ak wat..nak layan hati yang lara nie..KTBFFH..



0 Bridge Showdown

0 Comments
Pertemuan dengan Bridge di Bridge, JT dah tentu akan menjadi perhatian malam nie..Walaupun banyak probs dan konflik antara dua bekas member nie, ak harap diorang leh kawal emosi dan fokus secara proffesional sebagai footballer di atas padang..

Match nie bukan setakat pasal Terry-Bridge je, kekalahan November lalu masih dingati di Eastland, jadi malam nie dah tentu revenge kepada Mancity amat dinantikan oleh sume Blues Fan..Tambah2 kekalahan ngan Inter tempohari agak memeritkan, so kemenangan amat penting untuk menaikkan semangat para pemain..

Injury list makin lama makin bertambah, dan ak harap malam nie xde lagi yang akan injured memenuhkan hospital di London...Zhirkov dan Cech adalah nama terbaru yang unavailable mengikut jejak Ash, Essien, Deco dan Bosingwa...Kalou pon dengar kate dapat minor injury semasa lawan Inter dan mungkin tak main malam nie..

Team lawan agak goyah prestasi diorang, baru je team 'terkaya' dunia nie out dengan team ciput Stoke City dalam FA Cup, meninggalkan Chelsea dan Tottenham sebagai favourite ke final..Malam nie Adebayor lak xkan men sebab suspended manakala Tevez baru je pulang dar Argentina sebab family probs, so form die mungkin x menentu..

Skuad Chelsea, malam nie ak yakin Carletto akan menggunakan latest formasi die 4-3-3, x banyak beza dari formasi semasa lawan Inter, cuma Hilario akan menjadi taruhan malam nie di gawang Chelsea, agak hilarious tapi ak yakin dia mampu memberikan persembahan hebat seperti menentang Liverpool dulu..Ferreira yang xleh men CL haritu akan kembali ke Left back manakala Malouda mungkin kembali beraksi di atas menggantikan Kalou yang tercedera..

Formasi malam nie :

------------Hilario-----------
Ivanovic-JT-Carvalho-Ferreira
----Lampard-Mikel-Ballack--
-----Anelka-Didi-Malouda---

Di SB, Chelsea xpernah tewas lagi dan kebanyakan team lawan lemas di pukul ombak biru di sini, jadi ak yakin malam nie situasi takkan berubah dan ak mahukan Man City dibelasah habis-habisan nanti!!

Result Prediction : Chelsea (2) - Man City (0)

Match malam nie bermula awal, 8.30 malam, berita baik untuk sesape nak tido awal..Gudlak untuk The Blues..KTBFFH!!


MATCH LIVE ESPN 8.40 MALAM








Friday, February 26, 2010

2 Kalou, Hitman dan Rambo - Keep Positive!!

2 Comments
1 Gol Away Yang Berharga

Ak yakin ramai fan The Blues yang kecewa dengan result di Milan kelmarin, tapi entah kenapa, ak tak risau sangat, walaupun kalah, Sebab pe r?? Mungkin sebab kita dapat 1 gol away, dan selepas nie kita ad advantage beraksi di home, kepulangan Essian dan Zhirkov, ak yakin kita mampu menewaskan Inter, Keep Positive!!

Dari segi persembahan, ak memang salute sebab kita sememangnya konker San Siro, possesion dan shoot2 banyak kita pegang, dan result kekalahan tak memberikan gambaran sebenar coret2 kisah di sana kerana bagi ak keputusan seri adalah keputusan yang lebih adil..Inter sememangnye bertuah, lucky lucky team!!

Okey mengenai formasi, Carletto meletakkan 4-3-3 seperti jangkaan ak, cume satu je tak tercapai dek akalku, Malouda bermain sebagai Left Back!! Agak terkejut, tapi tak cuak sangat sangat sebab di Lyon, Malouda dah ad pengalaman beraksi di posisi ini..Ketiadaan Belletti yang masih tak fit dan faktor fizikal Malouda mungkin menjadi sebab die menjadi bidan terjun kali nie untuk menyekat Maicon..tanpa Malouda menjadi winger, Kalou dimasukkan sebagai pengganti di hadapan..

Gol first Inter memang ak takleh ak kate ap, Si muke Sylvester Stallone, Milito memang bahaya se-dangerous John Rambo lakonannya, gagal dikawal kemas oleh JT menyebabkan kita dihukum seawal minit ke-3..Tapi Chelsea kemudian mengawal tempo match, Free Kick Didi sekali lagi memang memukau dan torpedo seperti biasa, cuma kali nie terkena palang seperti menentang Sengal, adakah saje nak tunjuk sepakan die memang precise sampai asyik kena tiang?? Memang rugi, dan beberapa serangan lagi dari Didi gagal diterjemahkan untuk ditulis ke dalam score line..agak bias, asakan keras ke atas Kalou di penghujung First half tidak diendahkan refree, ad contact dan ak yakin penalti patut diberikan, mungkin takut ditembak dan ditikam oleh Mafia2 Itali dan ditikam oleh Ultras Milan ke ape?? Buat kesekian kalinya, kita sering menjadi mangsa kebodohan referee2 Uefa, nak sekat team English punye pasal..

Second Half, tiada subs dilakukan, menunjukkan Carletto still mempercayai strategi awalnya, dan 5 minit je, kepercayaan dia dibalas oleh Kalou dengan gol penyamaan aka gol away yang amat penting di minit ke- 50!! Bermula dari larian solo dari Ivanovic, dan setup cantik untuk Kalou melakukan sepakan deras dilakukan melepasi Cesar ke penjuru gawang..Tak sempat lagi ak nak abess bersorak, kesilapan schoolboy defence dari JT sekali lagi menjadi bahan makian ak dan rakan2, Seperti Si Botak Assasin Hitman, Cambiasso nie memang kaki bedal, dan memang bernasib baik, shoot pertama dihadang oleh JT sampai buat kali kedua ke kaki Si botak nie, dengan Cech dah terduduk, gawang dah terhidang, memang bertuah betul diorang nie, shoot kedua dah konpem2 masuk penjuru gol Chelsea..

Sudah Jatuh ditimpa Tiang Gol, satu2 benda tak kena terjadi, Cech injured selepas tu dan tak mampu meneruskan match, menyebabkan Hilario dimasukkan sebagai subs..

Seperti biasa, Jose dah tentu buat rutin die, BERTAHAN, dan Chelsea je yang menyerang, possesion memang banyak tapi gagal dimanfaatkan sepenuhnya..Beberapa serangan berbahaya, shoot dari jarak dekat lampard ditepis Cesar, dan cross2 dari Ivanovic tidak disambut sesiapa.. Kemasukan Sturridge hanyalah cameo semata2 kerana tak banyak sumbangan diberikan..Match tamat dan kita hanya mampu berpuas hati dengan 1 gol away sebagai bekalan masa hadapan..

Keseluruhan, bagi ak semua player bermain baik, terutamanya Malouda yang hebat di defend kiri merantai pergerakan Maicon menyebabkan bahagian kiri Chelsea jarang menjadi tumpuan lawan untuk disodok..JT aku agak panass gak ngan die nie, dua kali di permainkan pihak lawan, ak nantikan persembahan yang lebih hebat dari Kapten Marvel Second Leg!! Mungkin tandukan gol dari die kat Bridge je leh bagi ak puas hati nanti..

Jangan risau, match kedua dalam masa 3 minggu, harap pemain yang tercedera seperti Cech yang dengar kata konpem sidelined 3-4 minggu, bersama Essien, Bosingwa ngan Zhirkov boleh mengambil masa nie untuk pulih dengan segera..Hnya result minimum 1-0 diperlukan di Bridge, ak masih optimis dan ak yakin Carletto mampu menterbalikkan situasi, nie bukan kali pertama Chelsea menghadapi kesukaran, hanya team yang marvellous leh survive di waktu yang kritikal, dan ak yakin The Blues adalah pasukan itu!! Fokus kena kembali ke EPL, menentang Mancity menanti, harap leh belasah diorang habis-habisan kasi lepas geram..KEEP POSITIVE, KEEP THE BLUES FLAG FLYING HIGH!!

Match Highlight :






Thursday, February 25, 2010

0 Nantikan amukan di Bridge

0 Comments


Kita tewas 1-2 kepada Inter beb, tambah mengecewakan Cech dikeluarkan sebab injured, bape lame sideline xpasti, tapi ak harap kecederaan dia tak teruk dan leh men Second Leg nanti...Berita baik kita dapat 1 gol away jaringan Si Pemalu Kalou, cenderahati dari Itali untuk dibawa pulang ke London sebagai bekalan..Keep Positive, kemenangan 1-0 di Bridge nanti dah memadai, kepulangan Essien dan Zhirkov di second leg, ak yakin kita mampu mara..Nantikan amukan di Bridge..Post match menyusul esok..



Wednesday, February 24, 2010

3 CL Preview : Blues War di Milan

3 Comments
Match yang ditunggu2 malam nie semakin hampir ke sepak mula..Banyak perang minda dah berkumandang, banyak perang mulut dah tercetus, kali nie masa untuk para pemain dan manager membuktikan kata2 diorang di atas padang!!

Sebab ak dah wat buildup jadi preview nie mgkin pendek sket, cume nak citer mengenai update player dan formasi terbaik malam nie..

Mengenai availability, berita baik Belleti, Alex, Lampard dah kembali ke dalam skuad manakala berita buruk Zhirkov dah disahkan tak naik pesawat ke Itali petang tadi kerana tertido dan terlepas penerbangan, Ferreira lak sebab Carletto terlupa nak tulis nama die dalam list pemain CL, jadi die pon turut ditinggalkan kat London untuk menemani Yuri tengok bola kat Astro je..

Bahagian Left back kini memang paling bermasalah, tanpa Ash dan Yuri, dua left back terbaik Chelsea, mgkin nie situasi berbahaya untuk mengekang Jentera Maicon dari menyodok bahagian kiri padang..Beletti dan Malouda dah dicanangkan sebagai muka2 yang akan diberi tanggungjawab sebagai bidan terjun untuk merantai Maicon..Bagi aku, Belletti calon terbaik beraksi sebagai LB, die nie memang versatility dan boleh beraksi bagus, dengan bantuan JT dan Carvalho, ak yakin situasi Bosingwa mampu mengekang Messi dulu boleh dilakukan sekali lagi..Sedangkan Messi boleh dirantai, inikan Maicon..Cume huruf 'M' je yang sama..

Kembalinya Lampard ke bahagian tengah memang tepat pada masanya untuk menyumbang kreativiti di bahagian midfield yang agak terasa kehilangan playmaker masa lawan Wolves tempohari..Super Frank dah pasti dah tak sabar nak beraksi menentang ex-boss Mourinho, dan Lampard mengakui die tak pasti apa akan berlaku jika dia pindah ke Inter dua tahun lepas, keputusan stay di Chelsea adalah keputusan yang tepat!!

"Inter Milan are a fantastic club with a great manager but they are not Chelsea and now I feel Chelsea is part of me.

"I am very pleased now that I can finish my career here and looking back I would have hated to have left after a few years having done well but not done the whole package. Now hopefully I can do that."


Formasi malam nie, ak harap 4-3-3 akan digunakan, Anelka dan Malouda akan beraksi sebagai supporting striker kiri kanan mengapit Didi.. Lampard, Ballack dan Mikel lak akan menjadi enjin di bahagian tengah..Formasi nie ak rase terbaik coz Malouda dapat beraksi di possisi terbaik die selaku Winger dan Lampard dapat beraksi bebas sebagai Attacking force di midfield..Bahagian defence ak rase tak banyak beza; Ivanovic, JT dan Carvalho akan bergandingan, cuma Belletti je muke tak familiar yang akan beraksi sebagai Left Back..Harap die mampu beraksi hebat malam nie..

Formasi malam nie :

-----------Cech-----------
Ivanovic-JT-Carvalho-Belletti
---Lampard-Mikel-Ballack--
----Anelka-Didi-Malouda---

Result Prediction : Inter (1) - Chelsea (1)

Seperti ak ramalkan, jangan terlalu mengharap, keputusan seri mungkin diperoleh malam nie kerana Inter amat hebat di tempat sendiri..Barcelona dan MU pon tak mampu nak mencuri 3 mata menentang Inter sebelum nie di San Siro..Tapi jika kita menang, dah tentu bonus yang hebat untuk The Blues!!

Match LIVE - Astro Star Sport pukul 3.40 pagi Khamis

Gerai dan kedai2 mamak dah ditarget, baju biru diraja Chelsea dah siap sedia untuk disarung(walaupun malam ne mungkin Chelsea pakai baju away putih), dan suara dah di -save untuk sorakan gol pagi nanti..Dah sedia?? Ayuh hancurkan San Siro!!! KTBFFH!!!!

Askar2 biru!! Jom serang San Siro habis-habisan malam nie!!


Tuesday, February 23, 2010

3 Build Up : The Blues England vs The Blues Italy

3 Comments
Pertembungan dua kelab same kaler, manager lak bertukar tempat, dari England ke Italy, dari Italy ke England, leader league, falsafah yang hampir sama, dan keinginan yang serupa; ingin merebut Kejohanan Eropah yang dah lama x dikecapi..

Kat entri nie ak nak citer detail pertembungan dua team nie, walaupun baru last 16 je, bagi ak match nie penting dan special, bukan sebab ape, sebab ade Special One..Jose sememangnye manager yang ade Blue Connection..Sume kelab yang pernah dilatih ad intipati kaler biru; Porto, Chelsea dan Inter..Chelsea dah pernah bertembung dengan Ombak Biru dari Portugal di Group Stage, kali nie kita akan bertembung dengan Tsunami biru Itali lak..

Jom usha detail2 penting match nie:

First point aku..

Manager

Bagi ak kedua2 manager nie mempunyai karisma tersendiri dan masing2 tau ap yang diperlukan untuk menentang team lawan..Inter merupakan musuh tradisi bagi Carletto sepanjang rejim di Milan, bagi Jose lak, tak perlu diceritakan lagi, Chelsea merupakan bekas kelab yang pernah dilatihnya, dan yang paling penting skuad The Blues kini masih lagi kuat dengan aura Special One gara2 masih ad ramai bekas pemain di bawah jagaan dia kekal berbakti bersama Chelsea..Hanya Ivanovic, Anelka dan Zhirkov merupakan first team yang tiada special relationship bersama Jose..

Taktikal

Carletto walaupun di awal musim agak ketat dengan falsafah diamond, kini kita boleh lihat versatility yang ditonjolkan dalam mengubah formasi bergantung kepada opponent yang dihadapi; salah satu faktor yang membolehkan Carletto survive dari menjadi Next Scolari..4-3-3 dan 4-4-2 adalah pilihan utama kini dan bagus dalam memeningkan kepala manager lawan untuk mengatur barisan terbaik bagi menumbangkan The Mighty Blues..Taktikal yang lebih santai, fleksibel dan attacking dari Carletto..Masih lagi unbeaten dalam Big Match di England, ak harap akan membawa tuah ke Europe lak..Satu kelebihan Carletto, kalah mati CL adalah kepakarannya..2 kejuaraan Eropah di Milan, nak kate ap lagi??

Special One dah diketahui ramai, terutamanya Fan2 Chelsea, taktikal umpama skuad Italy, defensive minded, physical mode tapi efficient..Walaupun agak boring, corak permainan Jose yang membolehkan skuad di bawah rejim dia selalunya sukar membocorkan gol dan sukar ditewaskan..Dengan winning mentaliti yang ditonjolkan pada karakter Jose, dah tentu akan meresap ke jiwa player2 dia sekali, dan player2 Inter memang kuat dari segi pengalaman dan mentaliti, bukti menentang Milan, walaupun tinggal 9-10 orang, menentang 11 orang Milan dioarang masih leh menang 2-0.. So selagi wisel tak tamat sok, apa2 pon leh berlaku..Walaupun rekod piala2 berdozen2 lam kabinet Jose, trofi CL bersama Porto dah bersawang dan rekod dia kat Eropah kini makin kabur, menyebabkan ramai berkata menang ngan Porto dulu hanya nasib semata2..Satu kelemahan Jose berbanding Carletto, ade cann??

Okey skang usha lak bahagian formasi team masing2..

Goalkeeper

Cech perform di waktu yang tepat, save2 crucial lawan Wolves membuktikan dia dah hampir ke peak form..Tepisan yang lebih yakin dan takde lagi larian2 bodo ke depan dalam kotak, kegopohan yang sering membawa padah..Big Pete kini dah lebih tenang, dan enter the situation bila perlu je..Keep Cool Cech!!

Salah sorang keeper terbaik dan kian meningkat naik, Julio Cesar dah membenam nama Buffon sebagai keeper terdasat kat Lega Calcio, dan malam nanti mungkin dia akan menjadi punca jika Didi gagal menyumbat gol nanti..Cekap One on One, dan sememangnya pakar Penalti..Kes selamatkan penalti Pak Din Makan Nyo lawan Milan ritu masih ak ingat, tepisan Cesar memang yakin dan pantas..Walaupun haritu ak bace dia accident, tapi dengar kate tak teruk dan boleh main, sebab parut kecik je..Hmm cech bukan takat parut, retak terus rilek je men skang..Kalo nak lawan gaya paling stylo, mungkin Cech menang kot, topi punye psal..Yup, penentuan keeper terbaik antara dua liga..

Defender

Chelsea : 27 match, 22 bolos
Inter : 25 match, 20 bolos

Kedua2 defender team nie memang kental, barisan defend Chelsea diketuai oleh JT akan menentang defender Inter diketuai Lucio..Sama liat, likat dan melekat!! Mungkin sukar nak usha gol jika ad defend2 camnie..

JT dan Lucio sama2 hebat di udara, dan marking man yang mantap, dan partnership diorang Carvalho dan Samuel sama2 hebat menjadi pelengkap kubu..Set Piece amat perlu dijaga sebab kepala2 defender nie bukan je leh clear bola, tapi clear kat kotak penalti lawan pon leh gak, iaitu tandukan gol..

Side Back Chelsea agak goyah kini, ketiadaan Ash, dan mungkin Zhirkov agak merbahaya..posisi LB amat penting kerana jentolak terkenal dunia jenama Maicon menanti untuk merobek bahagian defend kiri The Blues..Ivanovic ak yakin akan selesa berlari keriangan di posisi kanan tambah2 Inter takde la mantap sangat LB diorang, hanya ad bebudak yang bersopan santon iaitu Davide Santon..walaupun rate wonderkid, bagi ak masih mentah dan Ivanovic leh merantai mamat nie..

Midfield

Chelsea dan Inter memang penuh dengan pemain2 bercorak fizikal di kawasan tengah umpama pemain ragbi All Black..Ak yakin banyak kekasaran ak berlaku, harap2 player2 Chelsea takkan wat kesilapan bodo dengan mengutip kad bebanyak dari poket referee..Ketiadaan Essien amat dirasai dan ak harap dia sempat beraksi Second Leg, sepakan padu die ngan bulldozer di kawasan tengah dah pasti leh memberikan perbezaan...Tanpa Essien, Ballack dan Mikel akan berpadu menentang Cambiasso dan Muntari dalam acara mengutip bola, Lampard lak bersama Malouda akan menyumbang kreativiti menyerang, bersaing dengan Sneijder dan Zanetti sebagai att mf..Posisi nie paling penting dan akan menentukan sape yang menguasai match dan possesion..

Striker

Didi, xyah ak ceritakan lagi, season nie memang die lepas dendam jarang main musim lepas, dan prestasi die memang tengah memuncak skang, 2 gol dalam last game dan 25 gol keseluruhan dalam sume match menceritakan kedahsyatan The King..Anelka, Kalou dan Sturridge sedia membantu sebagai supporting striker..

Inter masih tak nampak siapa establish striker diorang; Milito, Eto'0, Balotelli dan Pandev same handal tapi sume boleh dan ad ability untuk merobek gawang mana2 team..Pandev bagi ak paling berbahaya, di-rate-kan sebagai pembelian terbaik Jan oleh Jose, Pandev amat threthening melalui Free Kick dan larian2 mengelirukan..Eto'0 gak, jika dimasukkan, boleh jadi threat utama, dengan pengalaman di CL berlambak2, ak harap dia lupa camne nak jaringkan gol malam nie..

Super Sub

Sturridge mampu menjadi supersub sekiranya Anelka still tak perform di atas padang, Danny nie bagi aku memang perfect sebagai supporting striker kepada Didi, pantas, bertenaga dan bernafsu nak jaringkan gol..Boleh memberikan attacking boost di saat yang memerlukan..

Skuad Inter ad Balotelli, Super Mario nie memang antara nama2 youngsters berbakat dan walaupun masih muda, jangan pandang rendah sebab die nie leh tahan gak gempak..Muke dan rambut ala2 burung belatuk, harap2 die nie tak mampu mematuk Cech yang kebal dengan Topi Ajaib..

Oh ya, nie la rupe Super Mario yang menggerunkan..

X-Faktor

Kedua2 team nie memang kebal kat home season nie, jadi dah tentu akan akan berlaku pertembungan sengit di kedua2 leg..Di San Siro, Inter tak penah kalah lagi dan melanjutkan rentetan unbeaten home Jose yang berlansung hampir 130 game kini sepanjang berada di Porto, Chelsea dan Inter..Di London, Bridge memang kebal dan kita dah hampir setahun tak kalah kat home..Seson nie memang special, bukan takat tak kalah je, tapi Big 4 sume kalah di SB..Yup, Chelsea mungkin lebih advantage coz match kedua berlangsung di Lembah Maut Stamford Bridge..

Ak yakin Chelsea akan menang kerana x-faktor match nie ad pada Carletto, seperti yang ak kata, die Mastermind di Europe dan menentang Kelab Itali dah tentu hanya menyenangkan tugas Carletto yang dah masak dengan taktikal di tempat halaman..

Ramalan ak First leg : Inter (1) - Chelsea (1)
Second Leg : Chelsea (1) - Inter (0)

Fuhh, ak rase nie ulasan terpanjang aku kat blog nie..Nie hanya dari sudut perspekstif ak berbicara dan bermadah mengikut sesuka hati aku, kalo ad pandangan, komen2 le kat bawah ye..KTBFFH!!

Monday, February 22, 2010

0 Berbalas Pantun

0 Comments
Sesi berpantun antara Carletto-Jose..

Jose dah menjual pantun minggu lepas, dan minggu nie giliran Carletto membeli, walaupun agak lambat sebab tak fasih sangat bergurindam dan menyusun ayat dua-tiga kerat, 3m Bahasa Malaysia pon die xpass lagi inikan nak berkata2 umpama Hang Tuah zaman kesultanan Melaka..
"I think that Chelsea did a fantastic season also after Jose because Avram Grant did fantastic work here," Ancelotti is quoted as saying by Sky Sports.
"He got them to the final of the Champions League. Mourinho won a lot of trophies here, but the other managers also did a very good job."

"I've never said he is my friend also. We didn't go to eat together or drink wine together.

"In Italy, we don't usually have a glass of wine after games. Maybe this could be a good moment to improve our 'friendship'."

Tapi xcukup lagi, demi memenuhi permintaan ramai, dengan nada yakin, Carletto tetap cuba menyusun kata2 pantun yang penat disusun dan dihafal semalaman, sambil hisap curut, Carletto berkata :


Pecah kaca, pecah Gelas
Rabu nie, Inter nahas!!

Nice One Don Carletto!!

0 Get Well Bulldog!!

0 Comments

Korang mesti pelik sape Bulldog?? adakah haiwan2 yang dipelihara di depan rumah JT, atau tag team terkemuka WWF, British Bulldog, jika ya, ape kaitan lak ngan Chelsea??

Hmm puas ak cari pe kaitan Bulldog, cume yang ak tau, para pemain The Blues memakai baju tertera 'Get Well Soon Bulldog' selepas match dengan Wolves kelmarin sebagai tanda sokongan kepada Frank Steer, player assistant dalam managerial staff Chelsea fc yang baru je menjalani Heart Bypass Surgery minggu nie..

Kata2 Carletto :

'It is our friend and one of our staff who at this moment has a problem and is in hospital. We hope he will come back quickly to our training ground,' Ancelotti said afterwards, before reflecting on his side's afternoon.


Kerana masih musykil ak pon taip nama die, 'Frank Steer'

dan muke mamat nie kuar..

Nie penulis buku, xde langsung kaitan ngan Chelsea, so ak taip lak 'Frank steer Chelsea fc'

Lagi teruk, kuar muke Frank Arnesen ngan Frank Lampard ade la..

Tak putus asa, ak taip 'Frank Steer Bulldog'

Memang mengena, banyak kuar citer pasal Frank Steer, dan banyak kuar gambar JT, seperti kat bawah nie, tapi still takde muke Frank Steer..mmg privacy!!



Masih misteri kenapa dia digelar Bulldog, tapi xkisah r, Chelsea memang macam satu famili kaler biru seperti kaum Na'vi citer Avatar..So untuk Frank Steer, ak pon nak wish Get Well Bulldog!!

Sunday, February 21, 2010

4 Serigala cap ayam

4 Comments

Memang puas ati!! Dengan kembalinya kita ke landasan kemenangan di tempat lawan dan Setan dipukul ombak biru rakan sama kaler, Evertonggas-The Blues kini mendahului carta liga dengan 4 mata!!

Menentang team serigala cap ayam (rujuk gambar), dah tentu Chelsea adalah pilihan utama dan ternyata prestasi The Blues tidak menghampakan walaupun away game sememangnya sering mengundang perasaan risau dan tak keruan kepada Fan2 The Blues seolah2 awek akan dirampas orang..



Dengan match bertemu Inter dalam pemikiran, dah tentu player The Blues kurang fokus dalam match nie dan Carletto dah menukar beberapa player untuk direhatkan menjelang match showdown Rabu nie..Carvalho direhatkan dan Ivanovic bermain sebagai partnership bersama JT, Ferreira dan Zhirkov lak menjadi pengapit..Lampard dikeluarkan sebab virus menyebabkan Joe Cole dan Malouda menjadi harapan menyumbang kreativiti di kawasan tengah..Ballack dan Mikel kekal sebagai anchor mf..manakala Anelka kembali dalam skuad berduet bersama Didi..

Fokus utama lawan Inter jelas menggangu fikiran dengan player tak bermain bersungguh2, tapi sebab team Wolves nie memang ayam, diorang bolos gak hasil umpanan Zhirkov yang tepat mencari kaki Didi yang sememangnya tak pernah gagal membocorkan mana2 gawang team lawan..Cech sememangnya dah improve di waktu yang tepat, tidak lagi menggelabah seperti dulu dan menjadi punca kita clean sheet semalam..beberapa save crucial di first half membolehkan match berakhir 1-0..

Second Half Cech sememangnya dah kembali kental, satu lagi tepisan pantas dalam kotak penalti menyelamatkan JT dari menjadi mangsa kegopohan clear bola tak kena atau ak boleh kata Jurus Tendangan Menyepak Angin yang sememangnya tak impressive..Tak cukup lagi save2 hebat, Cech melakukan assist, mungkin Lampard ajar kot, untuk membolehkan Didi mendapatkan gol kedua untuk Chelsea dan gol ke-25 untuk The King dalam season nie..

Satu yang merisaukan Zhirkov injured dan dikeluarkan minit 55 membolehkan Bruma masuk sebagai RB dan Ferreira swith ke LB..Yuri adalah harapan lawan Inter, tambah2 dengan ketiadaan Ash, dan jangan lupa the best right back Maicon sedia menanti nanti..Harap2 Yuri cepat sembuh..Jika tidak Ferreira perlu menjadi galang ganti, situasi berulang seperti apa yang dihadapi Bosingwa ketika mengawal Messi dulu..

Match berakhir dengan The Blues memperoleh 3 mata hasil kemenangan 2-0, setelah kesekian kalinya ramalan ak tersasar, kali nie prediction ak betul, haha..Kekuatan aura biru yang kuat semalam membolehkan Setan tersungkur dan Chelsea melebarkan jurang di persada liga..team antik Libepul pon takat seri je dengan team biru cair apeda..ak gelar minggu nie Blues Weekend!!....Rabu nie pon pertembungan dua team biru di Eropah, harap semua bersabar dan kumpul tenaga sehabis2nya untuk berjaga pagi nanti..KTBFFH!!

Match Highlight :






Saturday, February 20, 2010

1 Kunjungan muhibah ke kandang Serigala

1 Comments
Dak2 Big 4 len dah abis bz ngan match Eropah, ehh silap satu lagi masuk Europa hua3..tapi Chelsea belum lagi abes, dan match Wolves nie hanya gangguan untuk persiapan menentang Inter minggu depan..Walaupun match ngan Inter penting, ak harap para pemain tak ilang fokus kerana match dengan Serigala nie league fixture dan amat penting dalam memastikan kita still Top di atas liga..

Kapten JT dah pulang selepas enjoy ber'honey moon' di Dubai jadi ak harap barisan pertahanan akan kembali stabil malam nie..dan Captein Marvel ak harap leh menunjukkan prestasi terbaik dia sebagai Wall of London..Carletto dah memberikan amaran yang mana2 pemain yang leka di atas padang akibat masalah peribadi akan dikeluarkan dari skuad..So, ko paham2 je la JT..

“When I see that a player’’s personal life is affecting their professional life, I will act. When that happens, it’’s a problem for me,’ The Sun quoted Ancelotti, as saying.

Mengenai team lawan, Wolves berada di tangga kelima.....dari bawah..jadi ak leh kata diorang hampir setaraf ngan Cardiff dan kegagalan meng'ayam'kan Serigala dah tentu tak ada dalam kamus pemikiran..

Di Kem The Blues, nampaknye semakin ramai pengunjung Hospital London, adakah hospital di sana amat selesa atau ade cewek2 nurse comel lote di sane?? Kembar Cole, Joe Cole nampaknye x sabar nak meniru aksi kembar die yang injured 3 bulan cuma JC x sanggup amik kecederann lelame sangat "Sakit siot nak injured 3 bulan, ak tackle diri sendiri semalam, 1-2 minggu jadi r" kata JC penuh happy go lucky..Yup camnie la semangat nak dapat kontrak baru, lol..Selain kembar Cole, Deco, Belleti, Essien dan Bosingwa adalah muke2 yang kita takkan lihat dalam masa terdekat nie..

Formasi mungkin 4-4-2 akan digunakan, walaupun keberkesanan die masih diragui di tempat lawan, same gak ngan 4-3-3, masih tak pasti ape langkah penyelesaian terbaik, tapi setakat Wolves ak rase xde masalah..Pemilihan pemain mungkin ada campur aduk dengan CL match dah hampir..Anelka ak jangka akan kembali lepas rehat FA Cup..Formasi malam nie:

------------Cech------------
Ivanovic-JT-Carvalho-Zhirkov
---Mikel-Ballack-Lampard--
----------Malouda-------
--------Anelka Didi ------

Result Prediction : Wolves (0) - Chelsea (2)

Kalo kali nie xmenang match away gak xtau le ak..mungkin ak akan menjadi serigala akibat jangkitan dari player Wolves dan penangan citer Wolfsman..

Wajah ak jika xdapat 3 mata gak malam nie

Match LIVE - Star Sport hari Sabtu pukul 10.55 mlm




Thursday, February 18, 2010

3 Ronaldinho Russia

3 Comments
Ak yakin ramai dah tau Ashley Cole adalah mangsa terbaru kecederaan, terbaru Ash disahkan sakit lutut dan akan direhatkan selama 3 bulan, memberi ruang untuk Bridge berduet bersama JT di atas padang untuk England dalam World Cup nanti..

Tapi ak xheran, sebab semenjak 2-3 season nie, Chelsea dah selalu kena injuryphobia nie, tapi The Blues bukanlah team antik dan historical cam Libepul yang xde sorang player pon dah merungut mcam satu skuad xmen..Setiap injury yang diterima, dah tentu ad backup yang cukup bagus dalam kem The Blues, dan backup nie bukan setakat back the original player, tetapi terus meningkat menjadi pencabar utama..

Okey ak listkan beberapa pemain :

Kehilangan Drogba - Kebangkitan Sturridge

Ak pasti kelibat Didi xdirindui sangat di Bulan Januari, mengapa?? Nie kerana kita ada seorang lagi senjata rahsia yang disimpan iaitu Young Blues, Daniel Sturridge..dengan tag 3.5 m, bukanlah satu bebanan untuk pemain mude nie memecah first team, dan ketiadaan Didi akibat CAS, mempercepatkan proses kematangan Danny..4 gol dah disumbat kini, mungkin lebih akan mampu dilihat jika lebih banyak peluang diberi oleh Carletto..pencabar utama Anelka dan mungkin akan menjadi alasan untuk Carletto tak nak beli striker baru season depan..

Kehilangan Bosingwa - Kebangkitan Ivanovic

Great Wall of Serbia, berganding dengan Vidic, ak leh kata Serbia memang mempunyai defender yang paling kental..Ivanovic, nama yang dulunye tak feymes hasil pembelian Grant, skang nie dah meletup2 dengan persembahan kental di posisi right back Chelsea..Punca?? Kehadiran Bosingwa dulu memang memukau peminat Chelsea dengan dribbling dan cross2 menarik dari bahagaian kanan..tapi tak sempat nak layan aksi bintang baru, Bosingwa injured dan Ivanovic menjadi pengganti..dimulakan dengan 2 tandukan blockbuster menewaskan Fool di Anfield season lepas..dan sejak tu terus menempah nama sebagai permanent starter di dalam skuad..hebat di udara, marking man yang kental, dan cross yang ak leh katakan dah hebat dan merbahaya (tgok masa lawan Fulham).. Menarik perhatian Sial Madrid, ak yakin Ivanovic akan terus stay..Who need Sergio Ramos??

Kehilangan Ashley - Kebangkitan Ronaldinho Rusia??

ehh silap bukan mamat nie

Haa ni baru betol...

Bagi peminat Chelsea, mungkin kita masih kurang menyaksikan aksi2 hebat dari Zhirkov, pembelian utama summer lepas..Mengapa dia digelar Ronaldinho Russia?? untuk fan CSKA Moscow dan sesape usha Euro lepas, korang dapoat tgok mengapa die dapat tagline nie, dan Zhirkov yang sebenar masih lagi senyap di SB seperti gergasi yang sedang tidur..Harap kehilangan Ash mampu dijadikan peluang untuk Yuri menonjolkan bakat sebenar die..pe guna simpan2?? dan ak harap Ash xkan menyesal injured lama-mungkin posisi die dah established untuk Zhirkov ketika itu..


1 70 mil dan...Laku ke??

1 Comments
Romelu Lukaku kini dikatakan target Carletto summer nie..pemain muda umur 16 taun nie striker utama Anderlecht dan kini dah menyumbat 13 gol dalam 26 appearances untuk kelab Belgium nie..di rate-kan sebagai next Drogba dan Henry, dan dengan tinggi 6.3 kaki, mungkin bakat die nie setinggi badan die gak..

Mengenai 70 mil lak, Carletto dah dilaporkan oleh makcik2 persatuan mesyuarat tingkap sedunia yang 4 orang dah ditarget awal iaitu Hamsik(mf) , Subotic (Df) , Schweinsteiger dan Di Maria (dua2 Winger)..70 mil adalah dana yang mungkin diterima sebagai angpow dari Roman, katanye..

Papepon nie hanya rumours, transfer window pon berbulan2 lambat lagi nak bukak..Kalo ikut ak, Di Maria, Hamsik ngan Subotic adalah addition fantastic coz ramai gler player umur 30-an kat Chelsea; Frank Lampard, Didier Drogba, Ricardo Carvalho dan Paulo Ferreira sume 31, Michael Ballack ngan Juliano Belletti lak 33, Deco 32..Bastian bagi ak dah terlambat nak join Chelsea, die pon dah tak hebat sangat skang nie..Lukaku?? Bagi ak xperlu, sebab Sturridge, Borini dan Kakuta dah ad, so xperlu nak sebok2 beli player muda lagi..Harap fokus kepada wonderkid yang ad, nanti yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran..Nama pon dah bahaya, risau Lukaku nie kaku di atas padang..Boleh laku ke??





Wednesday, February 17, 2010

2 Mind Games Start??

2 Comments
Mind games dah bermula..tinggal x sampai seminggu akan bermula clash antara Chelsea dan Inter, dan nampaknye bekas bos The Blues, Jose Mourinho dah memulakan langkah awal..

"Chelsea have suffered in the last two years, and it's no coincidence that their decline happened after I left," Mourinho said, according to The Mirror.

Jose sememangnye suke perang psiko seperti Pak Gasang, berlainan dengan Big Boss kita kini Don Carletto yang lebih maintain cool dan menunjukkan kehebatannya di atas padang..Tak dinafikan special one adalah figure besar di SB dan masih lagi kuat pengaruh di di dalam kem Chelsea dan di kalangan Blues Army sekalian..Tapi betul ke kata2 Mou??

Yup, mungkin Chelsea kurang dari segi title semenjak ketiadaan Jose yang merupakan Trophy Hunter, tap ak nak tanya sampai mana Jose mampu membawa kita di dalam CL?? Tanpa Jose, badi kepada team antik Libefool di Eropah hilang serta merta malah menggunakan Si Tua Grant takde lesen management pon leh mengalahkan konco2 Rafa tanpa belas kasihan, sedangkan masa Mou, Libepul takde la hebat sangat bagi aku, Torress pon xde lagi..dan Jose sememangnya dah diberikan dana sebegitu besar, tapi bukan je trofi, final CL pon tetap jauh dari jangkauan..Tanpa Mou, kita dapat beraksi di Final Eropah, Piala FA sudah di gapai, dan musim nie ak yakin kita mampu merampas kembali trofi EPL..jadi apekah yang dikatakan 'suffered'??

Kisah pemecatan Jose dua tahun dulu memang tragedi dan antara hari terburuk bagi ak sebagai Blues Fan, peh kecewa siot mane nak cari manager pye berkarisma camnie..Tapi badge Chelsea tetap di hati beb, dan Jose hanya sekelumit kisah dari lipatan sejarah The Blues..Chelsea will always be the one, and Carletto akan membuka kisah baru di sini, ak yakin!! Kemenangan ke atas Jose adalah perlu, sekaligus melenyapkan pengaruh luar biasa yang masih membekas di SB, dan merasmikan Don Carletto sebagai saviour yang baru..KTBFFH!!


Tuesday, February 16, 2010

1 JT kembali-bawak bini

1 Comments
Kapten yang ponteng kelas latihan ngan Cardiff tempohari dah pulang ke London..dan die bawak kembali bini nye sekali, bukan bini orang lain samada Pak Arab atau pelancong di Dubai haha..

Dengan muke sengih2 macam couple kena tangkap basah, jelas takde lagi masalah akan timbul dan ak harap JT akan lebih fokus dalam karier footballer die..Kali nie Majalah URTV dan segmen Fazura ngan Marion Caunter dalam Extra Time kat Astro xleh la wat citer gosip2 busuk pasal kes personal footballer..Cett..ak nak tgok bola kat Espn tetibe ad lak gosip2 hiburan kejadah, celako pyer Astro, bek ak usha E! takpon MTV..

Ape Terry wat ngan bini die kat sana, ko pukau ke, bagi nasik goreng ayam kangkang ke, lantak ko la JT..Jangan ko membuntingkan awek orang lagi dah la..Kat Malaysia pon dah banyak kes buang bayi, dalam tong sampah, terbakar pon ad..hmm rosak moral bebudak skang nie..Yang pasti JT dah kembali, semoga Captain Fantastic beraksi lebih mantap selepas ini!!


0 Kemenangan biasa2 je..

0 Comments
Ciss, senang sangatt..

Didi : "Woit Danny, xyah r celebrate, sesi latihan je ponn.."

Sori lame ak xpost kat cnie..mase ak bz la Chelsea menang plak haha..Yup, kita dah melangkah ke suku akhir FA Cup, tak terkejut, tak jugak ak teruja sangat walaupun corak permainan Chelsea memang bagus, terutamanya di Second Half, effisien dan berkesan seperti biasa..

Menentang Cardiff yang berada di divisyen bawahan, kemenangan dah tentu dah dijangkakan..Oh ya, ak tak teruja?? Walaupun kita menang besar 4-1?? Hmm mgkin kerana ak leh katakan ini hanyalah kemenangan biasa2 untuk Chelsea, terutamanya dengan beraksi di laman sendiri yang memang kebal musim nie, dah tentu meng'ayam'kan Cardiff hanyalah seperti persembahan biasa2 je yang selalu berlaku di SB..

Namun pujian gak harus diberikan sebab kita beraksi tanpa Cech, JT dan Anelka merupakan tonggak utama, jadi sesi latihan yang memberangsangkan bagi aku untuk pemain2 The Blues kelmarin..Sturridge, ak respek..mgkin pencabar utama Anelka kini..nevermind kita bolos satu, kan ak dah cakap hanya sesi latihan..second half baru men betul2..

Tak guna beraksi hebat di home, tapi teruk di away game..ak harap mampu diteruskan prestasi nie menentang Wolves di tempat lawan nanti..kalau dapat menang 4-0 atau 4-1 di sana, baru ak akan tersenyum gembira..

Match Highlight :

Saturday, February 13, 2010

0 FA Cup : Mari menibai Cardiff!!

0 Comments
Sori sebab ak bz sket ujung minggu nie, so xdapat update dan post preview panjang sangat macam bese..formasi ak xpasti sebab x sempat cari info..yang ak tau Chelsea musti menang pye r..harap mampu la mengayamkan cardiff nie lepas rindu ak nak tgok The Blues kembali berselera menyumbat gol demi gol..tak dapat 5-0, 7-0 pon jadi r..

Match LIVE 7.30 mlm nie kat Astro Supersport..Si setan dah terkeluar kire aman sket nak ushar match kat TV..

Untuk Chinese fan, gua ucapkan Gong Xi Fatt Chai!! harap ad tarian singa untuk menyambut kemenangan Chelsea nanti..KTBFFH!!

"aiya, gua sanggup tak balik taun balu cine nak tgok Chelsea -Cardiff pye pasatt..idup askar bilu!!"


Thursday, February 11, 2010

3 Badi bermula??

3 Comments
"Cek dah habaq, Chelsea dah kena buatan orang"


Dah sah, instinct ak mmg mengena r..adakah Chelsea dah terkena ubat guna2 dari fan2 Sengal?? November dulu, lepas menang ngan Sengal kita tewas ngan ManC dan seri xingat sampai hilang seri kat muka ak tgok performance Chelsea masa 2..adakah benda sama akan bermula kembali?? harap2 kali nie sumpahan dak2 Sengal nie xlame..Mungkin kita perlukan Harun Din wat pendinding..

Ak xtgok match nie so maafkan ak jika ad pape kesalahan..ak hanya berbicara menggunakan fakta2 dari internet dan highlight yang ak usha je la..

Lawan Evertonggas semalam, sebijik macam lawan ManC..permulaan yang hebat, penutup macam syial..kita dapat leading mula2 dari Malouda sebalum Saha menjaringkan dua gol untuk merampas 3 mata dari the Blues yang berbaju putih semalam..itupun cech save penalti kalo x memang bungkus awal2..

Match Away memang musuh kita kini, dan ak xtau ape lagi yang tak kena..formation dah mantap, player dah terlebih dari cukup, fitness pon dah bagus..cume masalah mentaliti kat tempat lawan memang antara punca utama..Di Goodison Park, kita jadi kaku, kejang dan tak bernafsu nak menjaringkan gol..Possesion dah bagus, finishing kurang..nak jadi cam kanak2 meriam ke ape?? Carletto, plizz wat kem motivasi pasnie untuk player The Blues!! Mungkin perlu diajak Dr. Harun dan Dr. Fazilah Kamsah bersama secara pakej..

Cuma yang masih melegakan kita still top league dengan beza dah mengecil ke 1 mata coz Setan seri 1-1 je ngan Villain dan Sengal, seperti yang ak kate sebelum nie, jangan dipandang ringan kerana diorang dah mencucuk rapat kembali dengan 6 mata di belakang..

Sabtu nie rehat kejap dari league fixture lawan Cardiff jap untuk FA Cup, sebelum sambung fokus match EPL. sekali lagi away vs Wolves, kamon la, kalo ngan Wolves pon drop point taktau le aku..dan match pastu Man city menanti untuk diratah secara kejam ala2 revenge di Bridge..Tevez, lu jaga2!!

Match Highlight (amaran jangan tonton bagi sesape yang ad amarah melampau) :


Wednesday, February 10, 2010

3 Lawatan ke Goodison Park

3 Comments
Kemenangan dengan Arsenal memang dah dijangka, bukan sesuatu yang pelik..Man vs Kid..dah boleh agak sape pemenang bukan?? Tapi malam nie kita akan menentang Everton, bukannye budak kecil lagi walaupun diorang skang baru je kalah memalukan dengan pasukan kurang ternama Libepul..

Ada prasangka buruk dalam firasat ak malam nie sebab November lalu, selepas menang besar dengan Arsenal, kita mengharungi tempoh yang mengecewakan dengan rentetan seri yang berlanjutan lama, termasuk la out Carling Cup dan kalah dengan Man City..Mungkin kebetulan kita kalah dengan Blackburn 3 hari selepas demolition di Emirates, sesuatu yang hampir sama malam nie, match away di goodison Park berlangsung 3 hari selepas membuli kanak2 meriam Ahad lalu..

Prestasi away kita masih goyah, hanya di Emirates kita beraksi hebat, selain tu hanya kemenangan tipis, dan kebanyakannya Seri dan Kalah, terbaru seri di Hull City menunjukkan kita masih tak mantap lagi bila keluar dari stadium keramat Stamford Bridge..2 match away league selepas nie, menentang Everton dan Wolves adalah crucial untuk meneruskan momentum Ahad lalu untuk menjarakkan diri lebih jauh..

Malam nie Villa dan Libepul mungkin mampu memberikan favour untuk kita dengan merampas mata dari rivals tetapi sume tak bermakna kalau kita tak mendapat 3 mata penuh..ak harapkan sume pemain mampu memberikan 120% komitmen dan kesungguhan malam nie!!
Mengenai update player, xbanyak beza, cuma JT dapat berita baik dah sembuh dari dead leg lawan meriam dan mampu bermain malam nie..walaupun Carletto dah kate JT boleh amik cuti, sebab bukan je armband je hilang beb, bini pon hilang pegi Dubai..taktau la, xkan lari ikut Pak Arab kot huhu..JT dengar citer die akan stay mgkin selepas lawan Everton nie, pastu baru die amik cuti dan takkan terlibat lawan Cardiff dalam FA Cup Sabtu nie..player len Essien (1 bulan), Bosingwa (3 minggu)dan Beletti (2 minggu)..Player len fit dan takde masalah nak tibai Evertonggas malam nie..

Dengan gandingan emas dah kembali, ak yakin Carletto akan stick dengan formasi diamond dan first team mgkin xbanyak beza dengan lawan Arsenal, formasi malam nie :

------------Cech-------------
Ivanovic-JT-Carvalho-Ash
--Mikel-Lampard-Ballack--
--------Malouda-------
-------Anelka-Didi------

Result Prediction : Evertonggas (1) – Chelsea (3)

Harap Carletto dah bersedia untuk Plan B sekiranya diamond tidak berhasil..4-3-3 adalah langkah alternatif untuk memecahkan benteng team yang liat nie..Predict ak 3 mata mampu diraih dan Agbonlahor jadi pemusnah lagi malam nie!! KTBFFH!!

Match delayed pukul 6 pagi esok kat ESPN..Match Chelsea bertembung ngan match Villa-Setan dan Arse-Fool..so faham2 je la ak malas nak citer..sesape nak tgok live stream, lam kul 11 mlm nanti ak letak kat post nie..LINK STREAM



Tuesday, February 9, 2010

3 Captain Marvel : Terima Kasih Daun Selasih

3 Comments

“On a personal note I would like to thank every single fan."

“It’s been an emotional day for myself and how the fans have been with me over the last two weeks has been quite incredible.

“I didn’t expect that today and I would like to thank every single individual fan for the way they treated me.

“It was a great performance and, I mean it from my heart, I would like to thank everyone.”


3 Al Kisah Di Bridge : There Is Only One Team At London!!

3 Comments


Pakcik Otai Headhunters Chelsea..memang fanatik sampai bawak anak lagi..seb bek awek belakang 2 cun melecun..

Menjelang match ngan Sengal semalam, terus ak bergegas ke London..Kat SB pye le ramai Blues Fan kat sane termasuk le headhunter Chelsea..Fanatik gler!! Mau mati kalo ad fan Arsenal tunjuk muke nie..Kat sane lak ak nampak banner dari pasukan blog The Blues Army cawangan London, memang smart abess sebagai tanda support untuk Captain Marvel..

Banner khas yang ak nampak kat Shed End

Pegh match malam 2 memang panas beb, rival antara london la katakan..tambah panas bler match hampir nak mula dan Captain Controversy masuk..

Mulut busuk Fan Gooners melaungkan "You're not captain anymore!!" dibalas dengan sorakan "There is only one England Captain!!" dari Fan The Blues..

Memang bingit dan macam nak bergaduh lak ak tgok..kalo kat Malaysia takyah cakap banyak, bakar je kerusi..

Clash of the titans (Arsenal boleh gelar titans ke??) nie memang x mengambil banyak mase nak menunjukkan mengapa Didi begitu direguni oleh fan2 Sengal..baru 7 minit berlalu, suasana di SB gegak gempita dengan sorakan Fan The Blues apabila tandukan JT di sambar oleh Da Destroyer Didi untuk menjaringkan gol pertama pasukan melepasi keeper buangan Spain, Almengelamunia..Untuk keeper Sengal, jangan harap la nak clean sheet depan Didi, baik ko clean the sh*t on your face!!

Tabik hormat untuk Da Destroyer!! (die celebrate btul2 je depan ak masa nie)

Sengal memang mendominasi possesion tetapi barisan defence Chelsea tetap kental..pujian harus diberikan kepada Si gelabah Cech yang ak puji gler malam nie, dalam game nie die jadi Si Cekap Cech..Shoot one on one dari Arshavin berjaya ditepis oleh Cech dari jarak dekat..Memang gerek si Cech nie!!

Da Destroyer Didi sekali lagi menjadi duri dalam daging apabila counter attack yang bermula dari Mikel, dan Lampard menyambung aliran serangan melorongkan through pass cantek untuk Didi dan cut in ke dalam kotak penalti disudahi oleh sepakan torpedo berkelajuan 300 km/j ala2 Captain Tsubasa..Almengelamunia nak tepis?? Konfem hilang tangan beb..skang nie Didi dah menjaringkan 12 gol dalam 12 match pertemuan dengan meriam, ak taktau le pe dendam die sampai tiap kali jumpe mesti gol haha..hail Da Destroyer!!

Second half xbanyak beza dengan skuad Chelsea lebih suka biarkan kanak2 meriam bermain bola..nak jimat tenaga la katakan..Free kick sabun buku Fab mudah diselamatkan MOTM Cech, satu2 nye peluang meriam yang ak tgok merbahaya dalam game nie..tapi Didi pon tak nak mengalah, free kick yang diperoleh di luar kotak meriam di ambil oleh The Destroyer dan mengenai palang..hampir shaja memberikan hatrik untuk Didi..Match berakhir 2-0!!

Kini kita 9 mata di atas Sengal, dan kembali 2 mata di depan team manager muka merah untuk menduduki tangga teratas!! ak leh katakan jika Sengal kalah ngan Fool rabu nie, dah sah diorang terkeluar secara official dari merebut kejuaraan liga..wat masa sekarang nie, Si Meriam memang jauh terbenam dari bawah, tapi kena tinjau2 gak risau tragedi Disember berulang kembali..

Habis je match, aku terpaku jap sebab keadaan jadi gelap..cet lupe lak ak pakai spek 3D patut le rase cam tgok kat London je..tokey 2 da tutup tv rupenye..

Match Highlight :


Monday, February 8, 2010

1 Ubat Sengal

1 Comments
Ak malas nak cakap banyak..Didi gol dua, benda biasa..Sengal bolos lagi, benda biasa..Chelsea menang ngan Sengal lagi..benda biasa gak, takde ap nak diherankan..

Untuk fan Sengal ak ad ubat terbaik untuk masalah korang, mungkin sesuai untuk Wenger kot..



Minyak Gamat Pak Din : Sesuai untuk sengal2 badan dan fan2 Sengal sahaja..amat mujarab!!


Sengal Out, Kita Top

Hail Chelsea, Hail Cappi John Terry, Hail Didi

KTBFFH!!

Sunday, February 7, 2010

2 Ayuh bengkokkan meriam!!

2 Comments
Match yang ditunggu2 malam nie, Chelsea akan menentang Arsenal di lembah Maut Bridge..Banyak peristiwa dah berlaku minggu nie, samada berita buruk JT atau berita gembira transfer ban ditarik semula tapi takkan menghilangkan fokus kita kepada target utama kita musim nie iaitu kejuaraan EPL!!

Jika kita memerlukan sesiapa yang tepat untuk mengemudi Chelsea malam nie, Carletto adalah jawapan terbaik..Selapas demolition of Arsenal 3-0 November lepas, Carletto dah pasti ingin mengulangi kembali result yang sama..Bukan 2 je, Carletto nie memang Big Match winner, 3 kemenangan dari 3 match dengan Big 3, campor memenangi komuniti shield ngan MU di awal musim membuktikan die sememangnye tahu apa yang perlu dalam match yang penuh pressure camnie..Setakat belasah Porstmouse buat pe, Carletto tak heran la dan tak bernafsu tgok team lemah2 nie..bek belasah team besar2 baru le Gempakk!!

Di Stamford Bridge, kita masih unbeatable dah hampir setahun dan semakin hampir untuk mengejar rekod lama 86 unbeaten home record..Sesuai dengan nickname Lembah Maut Bridge, ak yakin malam nie Arsenal akan menjadi antara yang akan bersemadi dengan aman di SB nanti, mengikut jejak Fool dan Setan di awal musim dulu..

Mengenai update player, Mikel dah kembali kedalam skuad selepas pulang dari Angola, Essien, Bosingwa dan Beletti antara yang masih goyang kaki kat spital layan awek2 nurse kat sane..Player lain2 sihat walafiat dan siap sedia untuk diturunkan!!

Formasi malam nie, ak yakin Carletto akan menggunakan formasi yang sama dengan demolition dulu iaitu diamond style..JT akan tetap diturunkan kata Carletto walaupun masih belum tamat tempoh edah selepas hilang armband..harap dia akan kembali fokus di atas padang....posisi midfield adalah yang paling penting sebab Sengal dah tentu akan memenuhkan bahagian tengah diorang dengan ketiadaan striker kini..ak yakin Lampard-Ballack-Deco dapat memecahkan mf Sengal, membolehkan JC atau Malouda merencana serangan..The Destroyer Didi dah pasti antara yang wajib diturunkan berganding dengan Anelka dibahagian hadapan..Formasi malam nie :

-----------Cech----------
Ivanovic-JT-Carvalho-AC
--Lampard-Ballack-Deco--
---------JC/Malouda------------
--------Didi-Anelka-----

Result Prediction : Chelsea (2) - Arsenal (0)

Kita mesti menang malam nie untuk memintas MU yang turut menang semalam..Kemenangan akan membolehkan kita kembali 2 mata di depan Setan dan 9 mata di depan Sengal..Keputusan seri atau kalah tidak harus ada dalam pemikiran..Seri bagi aku sama dengan kekalahan..Persaingan memang sengit kini dengan fixture kita selepas ini akan kembali padat dengan kembalinya Liga Juara2 dalam masa 2 minggu lagi..

Bulu roma sudah meremang, kaki sudah menggeletar, lidah tak sabar nak menjerit laungan gol dan baju Chelsea sudah tersiap rapi sebagai perisai badan..Ayuh The Blues, raih 3 mata malam nie dan menendang Si Meriam Bengkok jauh2 dalam league standing!! KTBFFH!!

Match LIVE di ESPN pukul 11.55 mlm nie..KTBFFH!!

Gambar Hiasan - sekadar untuk menghangatkan suasana

2 Didi : I lovvvveee Arsenal!!

2 Comments
Rambut mop : Lu pehal??
Didi : Ak suka Sengal!!!!!


Lupakan mengenai JT, fokus kita malam nie adalah match antara Chelsea dan team yang bajet menampilkan ' permainan cantik' sehingga cantik dibelasah oleh Setan gondol minggu lepas, Arsenal atau nama manjanye Sengal..

Hmm dan tambah pelik tapi benar The Destroyer Didi dikatakan suke Arsenal..Biar betul?? Adakah provokasi atau April Fool semata2 walaupun skang nie baru bulan Feb?? Haha korang jangan salah faham, die tak minat pon rivals London nie, die suke diorang sebab pertemuan dengan Arsenal selalunya akan memberikan gol berdozen2 kepada Didi untuk dijaringkan..

Dengan 10 gol dalam 11 game bertemu Meriam Bengkok, dah tentu Didi sekali lagi akan menjadi pemangsa malam nie..Memang ak tak nafikan, dengan defender macam Gelas dan Vermaeleleh, dah tentu hanyalah makan ruji yang lazat untuk striker sehebat Drogba..nak letak Silvestre?? Korang jangan sangke die nie sehebat Stallone, si potato nie memang berat, mungkin berat di kepala, dan dah tentu lebih senang diratah oleh Didi, Gila Kentang!! Letak Campbell lak, pembelian terhebat Sengal Jan nie adalah legend diorang yang tak feymes dan tak layak masuk pon skuad England, dah tentu akan jadi Sup Campbell yang sedap ditelan oleh The King!! Si rambut mop lak hanya sesuai untuk mengelap kasut but Didi yang harge ribu2, bodek je la bagi jangan gol banyak sangat..

Malam nie dah tentu akan ada nama Didi di atas list, haritu Didi baru sergah je Vermaeleleh dah wat own goal, konon2 xnak bagi Didi score hatrik la 2..Untuk keeper Arsenal, siap sedia la kena robek malam nie..Fobia-nski atau Almengelamunia?? Didi tak kisah!!

Saturday, February 6, 2010

3 JT - Kapten Selamanya

3 Comments
Bayangan yang akan kita lihat Piala Dunia nanti - JT tanpa armband

Sudah dijangka, sudah hangat diperkatakan dan sudah official..JT dah dilucutkan jawatan sebagai kapten oleh Capello dan kini diambil alih oleh bekas penagih Rio Ferdinand, dan kapten kelab Big 6 Libefool, Gerrard menjadi vice captain..

Ak dah agak dan ak tau Capello x ade cara lain selain memecat Terry kerana pressure dari media dan fan England amat kuat, walaupun ad 1% dalam diri ak yang masih mengharapkan akan keluar statement 'John Terry still remain England Captain' kuar kat soccernet..Don Capello adlah manager yang berwibawa dan ak serta semua fan kena akur dengan keputusan The Godfather walaupun agak kecewa..Ya, ada yang mengatakan isu personal tidak harus dicampurkan dengan bolasepak..ak setuju tetapi bagi aku hanya sesuai ditujukan untuk pemain biasa, bukannya kapten sesebuah kelab mahupun negara..Kapten bagi ak bukan je Footballer, tapi tetap menjadi public figure untuk masyarakat, apatah lagi kapten kepada sebuah negara yang menjadi pengasas Bolasepak..

Jangan diikutkan perasaan, kerana bagi aku isu moral juga adalah sesuatu yang penting, dan John Terry dah menerima akibat dari perbuatan die sendiri..Jangan persalahkan Capello kerana dia hanya melakukan apa yang terbaik untuk teamwork pasukan..Cuma yang menjadi persoalan adakah JT atau Bridge akan ditendang kuar jugak dari skuad England sebab dah tentu dua2 nie xleh dalam satu team lagi..Satu persoalan untuk Capello dan harap die leh sort menggunakan kebijaksanaan sebab tanpa JT dalam team, dah tentu gandingan ciput Upson-Rio atau Lescott-Rio hanyalah pertahanan murahan yang akn digelakkan oleh Toress mahupun Kaka di Afrika nanti..buang Bridge, sekali lagi isu moral dikeluarkan..Pandai2 la ko capello ak xnak campor..

Ak sukakan kata2 nie dari bekas kapten England, Allan Mullery :
"John Terry will still play the same way even though he's not the captain. The only thing he'll be missing now is the armband around the arm.

"He'll still be ordering people about and giving them pats on the back or kicks up the backside.

"It won't make any difference to him."

Ak mengharapkan John Terry dapat bangkit semula, dan nie bukan kali pertama die berdepan peristiwa camnie, lepas penalti di Moscow, Captain Fantastic nie tidak terus falling down malah terus meningkat dengan mengemudi England survive kelayakan dengan cemerlang..Die CL, dah bape kali die dapat nominate Best Defender Europe..ak mahukan die berikan yang terbaik dalam WC..walaupun bukan sebagai captain, die still akan menjadi leader dalam team..amat hebat jika JT dapat beraksi hebat di Afrika, ketepikan Rio dari segi performance dan buktikan dia adalah the best player!! Mungkin JT boleh menjadikan performance Cannavaro sebagai defender yang berjaya memenangi pemain terbaik dunia sebagai inspirasi..

Walaupun ape yang terjadi, JT akan still akan menjadi kapten Chelsea dan fan Chelsea akan sentiasa support Captain Fantastic yang menjadi lambang The Blues..Chelsea will always be your home, man!!



Friday, February 5, 2010

2 Kita Bebas!!

2 Comments

Carletto : Mastermind yang menggerunkan

Carletto nie memang genius, terlebih konfiden atau kasyaff?? Patut le die nampak rilek je Bulan Januari tanpa membuat apa2 pembelian seolah2 dah tau transfer ban akan ditarik balik dan pembelian baru hanya akan dibuat untuk summer nanti..Haha memang benar, Transfer ban yang dikenakan terhadap kita dah ditarik sepenuhnya semalam secara official oleh CAS!! Kita Bebas!!

Ditengah2 kekecohan kes JT, nampaknya ad berita yang menggembirakan tetiba muncul untuk menyemarakkan semangat Fan Chelsea dan Player The Blues..Kedatangan berita nie memang tepat di saat kita ingin bertemu Meriam Ahad nanti..

CAS Statement :
"The two clubs and the player have recognised that the contract between the player and RC Lens was not valid. Accordingly, the player could not have terminated it prematurely and without just cause and Chelsea cannot therefore be liable for inducing a breach of contract."

It continued: "The sanctions imposed upon Chelsea and the player by the FIFA Dispute Resolution Chamber had to be lifted."
Berdasarkan dari official Chelsea, CAS mengatakan kontrak antara Kakuta dan kelab lamanya Lens adalah 'not valid' atau tak sah bermaksud Chelsea tidak bersalah atas tuduhan mempengaruhi Kakuta untuk memutuskan kontrak dengan kelab lamanya..Cuma Chelsea perlu bayar je pampasan yang ak pon taktau jumlahnye untuk menampung kos latihan Kakuta di Perancis sebelum nie..Hmm kelab France nie nak duit je sebenarnye..

Chelsea bebas, aku bebas!!!!!!

Berita nie dah tentu amat best untuk pemain muda Kakuta sebab die dah bebas dari digantung permainan selama 4 bulan..Walaupun die nampak senyap balik, ak harap die dapat kembali fokus untuk meningkatkan prestasi dan menjadi antara produk akademi Chelsea yang terbaik!!

Satu lagi berita baik dah tentu la sebab kita dah boleh berbelanja akhir musim nie..Carletto yang seolah2 dah merancang semua nie dikatakan dah target untuk mendapatkan Pato..Papepon ak pasti akan ad muka baru untuk musim depan..haha tak sabar ak tunggu..Jika Pato tak datang, mungkinkah mamat kat bawah nie akan menjadi anggota famili The Blues?? Tengok macam xsabar je haha..Mane Chelsea haters?? The Blues Forever!!


2 Join The Dark Side

2 Comments
Musim transfer dah abes ponn ak xpasan sebab memang Bulan Jan nie Chelsea agak slow dalam transfer window, bukan Chelsea je, kelab len pon same so takde mega transfer yang berlaku..lagipon Carletto dah berjanji akn strip kalo die beli player, so ak pon harap la Chelsea tak beli sesape tak sanggup ak tgok die wat Tiger Show atas padang nanti..

Ak pon bace paper tadi dan ade la list player yang kuar masuk, kebanyakannye nama2 tak feymes macam Keane ke Celtic, semenjak di April Fool-kan oleh LibeFool, terus Keane nie tak perform, munkin jarang kena prank, dan kini tercampak ke Liga Scotland..ak belek2 lagi usha Chelsea pye column, takde transfer, ad la satu nama kecil 'J.Cork ke Burnley'..mungkin satu lagi name kecil yang terhumban keluar dari akademi Chelsea yang tak efektif seperti Tim taiwo, bisik aku..januari nie memang senyap je Roman, sekadar beli hak permanent Sturridge sebanyak 3.5 juta okay la 2..usha lak rivals London, Arsenal Si Miskin tanpa striker, ak rase Sunderland pon ade D.Bent, xbeli player gak duit takde..Sian2 mungkin nanti nampak muke Wenger meminta simpati di pasar2 malam..ak belek lagi, bace kolumn rivals lagi, Spurs, nampak nama Gudjohnsen in transfer..WTF??

Gudjohnsen bersama JT dan Lamps semasa zaman Gila-Gila Remaja

Bagi fan Chelsea yang muda2, atau baru ikut, mungkin tak kenal mamat Gudjohnsen, walaupun die ad gak dalam revolusi Roman..Eidur 'Smart' Gudjohnsen nie bagi aku legend kat Chelsea, sebab die antara penyebab ak sokong Chelsea, dengan bicycle kick memukau mase taun 2001 lawan ape ntah lam FA cup, mase tu ad Zola ngan Hasselbaink..di bawah Mourinho die perform sebagai att mf, dan antara yang jaring gol mase menang lawan Barca 4-2..pastu die nie menyepi sebelum pergi ke Barca, menang CL season lepas dan pindah ke Monaco..

Tiada lagi partnership Godzilla atau 'Gudjohnsen - Zola'

Satu je yang ak terkejut, die pergi loan untuk 6 bulan start jan nie ke kelab rivals, Spurs..Ak xkisah jika xde pilihan, cume die ada tawaran dari West ham dan peluang berganding dengan Zola ditolak mentah2 akibat disambar oleh Spurs last minute perpindahan..kuang ajar gak Spurs nie macam Man City lak curik Robinho dulu..Zola?? Konpem panas ati..
"I am disappointed with Spurs and disappointed with Gudjohnsen. I was expecting good behaviour from him," Zola said.
Aku antara yang kecewa dengan Gudjohnsen sebab die sanggup pegi kelab rivals, walaupun Spurs taklah sekuat sangat permusuhan ngan Chelsea berbanding ngan Sengal tapi tetap Rivals di London..nak jadi cam Gallas ke?? Pe kata Gud??
'I didn't think that I'd be coming back here. When I was with Chelsea I would probably have said I'll never play for Tottenham because of the rivalry but never say never in football.
Walaupun 6 bulan je, Gudjohnsen nampaknye dah join The Dark Side (walaupun Spurs baju putih - The White Side?? xsedap langsung)..Sukati le jangan jadi cam Tevez dah r, xabes2 nak gol jumpe kelab lame..Ak tetap akan jadi Fan Gudjohsen dan ucapkan yang terbaik untuk die..tapi utuk Spurs..Pigidah!!

Thursday, February 4, 2010

2 Don Capello : Dont play2!!

2 Comments
Pe tgok2!! Ade utang??

Pehh teringat mase kat sekolah, kalo sape yang nakal kantoi isap rokok, curi barang, ponteng kelas, saat2 yang paling menggerunkan dah tentu la masa dipanggil oleh Pengetua Sekolah masing2,,dan dalam kepala dah terbayang rotan zaman Pak Kaduk dulu yang gler besar..bese la senjata keramat Pengetua dulu2..Skang dah len, silap2 pengetua leh kena hambat ngan mak bapak..2 pasal bebudak skang dah liar..

Tersasul lak ak ke citer lain, tapi kat Chelsea ye lah nie bukan zaman kanak2, dan kesalahan John Terry bukan ciput cam bebudak sekolah, kes berat weh, ad ke bedal bekas awek orang, membe lak 2 dan die akan dipanggil oleh Pengetua Sekolah England berbangsa itali, The Godfather Don Capello..Paling cepat mungkin malam nie (pagi sok la ikut waktu kat malaysia) sebab ak bace Pengetua nie dah sampai kat england untuk pertemuan face to face dengan JT..

JT dikatakan xkan resign, dan nie bermakna Capello, ad dua pilihan samada pecat terry atau mengekalkan posisi die sebagai Captain England..Dengan WC hampir dekat, dah tentu posisi kapten perlu ditetapkan secepat mungkin untuk memantapkan mental para pemain..Walaupun ramai yang mahukan JT resign (sekadar yang ak baca kat Internet), bakal kapten lain seperti Shrek, Rio, Jerat, dan Super Frank yang disebut2 dikatakan x sanggup jadi bidan terjun..jadi bidan satu hal, nak terjun lagi..so sape nak jadi?? adakah Wayne Bridge??

"Kat Chelsea takde Bridge, Stamford Bridge ade la" kata Carletto

Walau papepon, Carletto dah clear statement yang JT masih akan menjadi Captain Fantastic buat Chelsea..

"He's the captain and he will be the captain. The players have never lost trust in him.

"I think not only the players, but the management and everyone at the club support him and his family."
Mungkin sebab Wayne Bridge dah takde lepas pindah ke Man City season lepas jadi xde gangguan kat kem Chelsea, berbeza kat kem England sebab Wayne Bridge nie termasuk lam skuad England, risau pecah belah le nanti..ak pon xkisah sangat pasal england sebenarnye, sebab ak sokong Germany, tapi sebab banyak player The Blues kat sini, so kena amik tahu gak la..

Semuanya bergantung kat Capello, seorang manager yang terkenal dengan polisi disiplin dan keras serta mentaliti yang kuat sebagai falsafahnya..Meeting personal menunjukkan Capello sedia mendengar kata2 JT sebelum membuat keputusan dan membuktikan die adalah seorang yang rasional dan takkan wat keoputusan terburu2.. Papepon kata2 akhir dari The Godfather Capello adalah permanent dan sume harus terima..bagi JT, kalo diberi peluang kedua, ko insaf le bebanyak, masuk le tabligh takpon jadi Protagonis bersama Mutu dalam drama sekuel Tersasar di Jalanmu 2 nanti..Ak tgok Anelka pon dah macam tabligh da..

Armband yangmenjadi rebutan ramai..ak rase kat Chow Kit pon ade jual..

Wednesday, February 3, 2010

2 Satu Gol, Satu Bolos, Satu Mata, Satu Kerugian

2 Comments
Gaya JT mengunyah daging rimau, liat gler!!

Hari nie memang mengantuk gler, sebab utama ak xtido semalam, tapi kecewa dengan permainan sambil lewa The Blues dan daging harimau yang memang liat nak kena siat semalam...

Match semalam berakhir dengan keputusan seri 1-1 di KC Stadium, menyebabkan kita hanya mampu menjarakkan satu mata dengan rivals di bawah, ish3 rugi2..Kini kita hanya leading 2 mata depan Setan dan 6 mata depan Sengal..

Mengenai match nie, Carletto kembali menggunakan formasi kesayangan die Diamond dengan kembalinye 'Duet Emas' Didi dan Anelka di bahagian hadapan..Kembar Cole JC dan AC direhatkan untuk seketika..

Keseluruhan match ak leh kate serangan kita agak hambar, mungkin formasi diamond tidak berkesan kerana adanya tempat meletak bas Rapid, General dan Sri Maju di dalam kotak penalti ak pon xpasti..Mungkin bukan salah formasi, mungkin badi match away masih kuat melekat kat Chelsea walaupun kita x pakai lak baju syial belang2..yang ak tgok Hull je pakai baju belang2..Adakah badi ini yang kuat di awal musim dulu sudah kembali??

Bolos awal memang sudah dijangka dengan defend kita diasak kuat, selepas Molococco (betul ke ejaan nie??) menanduk masuk corner Hull melepasi, semestinya, Si Gelabah Cech..Satu je berita baik malam nie, Didi kembali dalam nafsu menjaringkan gol!! dan kalo korang pasan, free kick nie lebih kurang ngan gol lawan Arsenal November lalu..Mgkin Didi dah bagi hint untuk Fan Sengal??

Macam wat photoshop le plak haha..Cube korang cari 3 perbezaan antara dua gambar kat atas nie..

Tapi Second Half Si Rimau memang liat nak mampus dengan serangan bertubi2 dari Didi n Co diselamatkan oleh Keeper Hullahup, Myhill..kemasukan Sturridge, Joe Cole dan Ash sedikit menyuntik tenaga baru kepada barisan serangan dengan cross2 dari JC hampir2 memberikan peluang jaringan gol kemenangan untuk Chelsea cuma nasib je xde..Rembatan padu Sturridge pon nyaris menerjah gawang..Nasib2..

Kecewa memang kecewa tapi kita still kat atas walaupun tipis, lupakan yang lepas dan kita harus pandang ke hadapan..Match menentang Arsenal nanti kemenangan adalah WAJIBULGHUNAH!! Sebarang kesilapan sure akan digunakan sepenuhnya oleh Setan untuk memintas kita..Keep The Faith, Keep The Blues Flag Flying High!!

Bagi sesape yang tido atau tertido, nie highlight (kalo nak tgok le, seri je beb tapi gol Didi memang smart) :